Saturday, April 14, 2007

Uji Minda...

Jarum Panjang dan Jarum Pendek
Jam dinding menunjukkan waktu pukul 12 tengah hari di mana jarum panjang sedang bertindih dengan jarum pendek. Dari waktu ini hingga ke-12 tengah malam, berapa kalikah jarum panjang akan bertindih dengan jarum pendek itu?

Berapa Ekor Ikan ?
Sebuah aquarium telah dimasukkan sebaldi ekor ikan emas. Sejam kemudian 10 ekor ikan emas telah mati, iaitu 10 ekor daripada jumlahnya. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal dalam aquarium itu ?

Umur Kura-kura
Seekor kera bertanya mengenai umur kura-kura yang dinaikinya. Kura-kura itu berkata "Semasa saya berumur 8 tahun, bapa saya berumur 34 tahun. Sekarang umur bapa saya 3 kali umur saya". Kera itu pun menggarukan kepalanya. Bolehkah anda menolongnya mencari umur kura-kura itu ?

Itik dan Arnab
Dalam sebuah sangkar terdapat 44 ekor haiwan yang terdiri daripada arnab dan itik. Jumlah kaki yang terdapat pada haiwan di situ ialah 100 batang. Ada berapa ekorkah itik dan arnab dalam sangkar itu ?

Apakah nombor itu ?
Seorang guru memberikan suatu nombor kepada murid-muridnya. Murid-murid itu dikehendaki kuasa duakan nombor itu kemudian mengurangkan 39 darinya. Seorang murid yang tidak memberi perhatian pula mencari punca kuasa dua nombor itu kemudian menambah 39 kepadanya. Walau bagaimanapun, ia mendapat jawapan yang sama seperti murid-murid yang lain. Apakah nombor yang diberi oleh guru itu?

Tali dan Air
Seorang pelayar menurunkan satu hujung daripada segelung tali dari tepi kapalnya. Hujung tali itu tidak menyentuh air. Jarak di anata hujung tali itu dengan permukaan air ialah satu perempat meter. Air laut di pelabuhan itu semakin meningkat pada kadar 1 meter per minit. dalam masa berapa minitkah air laut akan menyentuh hujung tali itu.

Aziz Dengan Sarung Kakinya
Aziz mempunyai 38 helai sarung kaki yang telah disimpan dalam sebuah bilik yang sangat gelap. 18 di antaranya adalah berwarna hijau dan yang lain warna biru. Pada suatu hari, Aziz ingin mengeluarkan sepasang sarung kaki dari bilik itu tanpa memasangkan lampu bilik. Dia perlu mengeluarkan sekurang-kurang berapakah sarung kaki supaya dia mendapat sepasang yang sama warnanya?

Siapa orang itu ?
Dua orang sedang berjalan bersama-sama. Seorang darinya ialah dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Kanak-kanak itu adalah anak bagi orang dewasa itu tetapi orang dewasa itu bukan bapanya. Siapakah orang dewasa itu ?

No comments: