Friday, April 13, 2007

Memagari Diri dari Sihir

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakancara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dariperbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkintidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah caramemagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.Pagar Pertama (1)Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama denganTamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenistamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepatisabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racunatau sihir yang terkena pada hari itu". Pagar Kedua (2)Berwuduk sebelum tidurSihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yangmempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.:Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahanAllah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnyatiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebihdahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanyaseorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidurdalam keadaan bersuci'"



Pagar Ketiga (3)Mengambil berat tentang solat berjemaahMengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslimbebas serta aman darigangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaahmenyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasanhulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipunpenduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingioleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakankambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'Pagar Keempat (4)Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlahmempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malamboleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinyaadalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalashasil perlakuansyaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihalseorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengantidak mengerjakan solat malam, maka RasulullahS.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"



Pagar Kelima (5)Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu iaakan cuba sedaya upayamenggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiapkali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsasihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidakmembaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk olehsyaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doaperlindungan denganberkata :Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnyaaku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dangangguan syaitan".Riwayat al Bukhari dan Muslim.Maksudnya adalah berlindung dari gangguansyaitan-syaitan jantan atau betina.Pagar Keenam (6)Memagar isteri selepas selesai akad nikahSelepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakanadab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangankanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambilberdoa :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannyadan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukanyang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allahberkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilahdirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orangyang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila diatelah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orangyang suka melakukan tipu daya"
Pagar Ketujuh (7)Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursidan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkatakepada Abu Hurairah:"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinyasentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidakmampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebutsambil berkata:"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wa/hal íasendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari.

No comments: