Wednesday, April 16, 2008

Pengenalan Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar












SEJARAH SEKOLAH





Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar


Sk Pengalat Besar Papar terletak kira-kira 50 km dari bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Sekolah ini mendapat namanya sempena Kampung Pengalat Besar.
Sekolah ini dibina pada tahun sekitar 1948 dengan mempunyai keluasan tanah kira-kira 5 ekar. Sekolah ini pada asalnya mempunyai satu bilik darjah sahaja dengan 5 tenaga pengajar sukarelawan dan 20 orang murid.
Sehingga kini sekolah ini telah ditadbir oleh 18 orang Guru Besar sejak penubuhannya. Sekarang , sekolah ini mempunyai 8 bilik darjah, 1 makmal komputer ( 2003 ) , Pejabat Am , Bangunan Prasekolah( 2005 ),Sebuah pusat sumber ( ubahsuai ), Makmal sains & Kemahiran Hidup ( Ubah suai ) dan lain-lain lagi.
Kini sekolah ini mempunyai 34 orang guru,5 KTBM dan 420 orang murid dan telah melahirkan ramai tokoh politik , ahli perniagaan, ahli sukan dan lain-lain lagi. Contohnya , mantan Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Osu Hj.Sukam .







VISI





Menjadikan SK Pengalat Besar Sekolah Terbaik Di Papar.
Mencapai Keputusan Yang Terbaik di Daerah Papar.
Merealisasikan SK Pengalat Besar Sekolah Terbilang di Papar.
Berusaha meningkatkan Mutu Kerja Warga Sekolah.
Mengamalkan Budaya Ilmu, Budaya Kerja Cemerlang Dan Perkhidmatan Penyayang.





MISI




Menjadikan SK. Pengalat Besar Sebagai Institusi Pendidikan Yang Mampu Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dan Berkualiti.
Menjana Guru Berwibawa, Dedikasi, Berakhlak Mulia Dan Cemerlang Dalam Perkhidmatan.
Mencapai Prestasi Akademik, KoKum Dan Sahsiah Yang Terbaik Di Peringkat Bahagian.
Berusaha Menjadikan SK. Pengalat Besar Sekolah Terbersih Dan Indah Dalam Daerah Dan Bahagian.






PIAGAM






BERILTIZAM DAN MEREALISASIKAN PERKHIDMATAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA
MELALUI AMALAN
SEKOLAH PENYAYANG
BUDAYA ILMU
BUDAYA CEMERLANG
BUDAYA PERMUAFAKATAN
BERHASRAT MURNI UNTUK
* BERUSAHA KEARAH SEKOLAH PENYAYANG
* MELAHIRKAN PENDIDIK YANG KREATIF DAN INOVASI
* MENCAPAI PRESTASI 100% DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
* MEMBENTUK PELAJAR YANG BERBUDI BAHASA, BERKUALITI DAN BERSAHSIAH TINGGI
* MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA IBU BAPA DAN ORANG AWAM DENGAN CEKAP, ADIL DAN MESRA







LOGO SEKOLAH DAN PENGERTIAN






Obor - Menandakan Semangat Yang Jitu
Tiga Bulatan - Melambangkan Kemajuan Dan Semangat Kesukanan.
Bintang - Seiring Sentiasa Dengan Kemajuan Sains Dan Teknologi.
Warna Hijau - Kesuburan Dan Kematangan Minda.
Biru Muda - keceriaan dan Kejujuran.
Merah - Berani menghadapi Cabaran.
Kuning - Melambangkan Nilai-Nilai Keagamaan dan Moral yang Tinggi.Padi -
Melambangkan Pengorbanan Dan Khidmat Yang Tinggi Kepada Anak-Anak
Bangsa.