Thursday, April 12, 2007

Jarak Dunia dan Akhirat

Jabir bin Abdullah berkata: " Pada suatau hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah S.A.W maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: "Assalamualaikum ya Rasulullah apakah ertinya dunia itu?"

maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Dunia itu adalah impian orang yang tidur."

Orang itu bertanya lagi: "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah?"

Maka berkata rasulullah SAW: " Satu kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka Sa'ir."

orang itu bertanya lahi: "apakah syurga itu?"

Bersabda Rasulullah: " Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."

Bertanya orang itu lagi: "apakah Jahanam itu?"

Maka menjawab Rasulullah SAW: " Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lahi: " Siapakah sebaik-baik umat ini?"

Bersabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."

Bertanya Orang itu lagi: " bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Rasulullah menjawab: Orang yang berysaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari Kafilah.

Bertanya orang itu lagi: "Beerapakah jarak antara dunia dan akhirat?"

Bersabda Rasulullah: " Hanya sekadar memejamkan mata sahaja"

Dunia adalah satu alam khayalan semata-mata yang mana satu masa nanati ianya akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia sedangkan kita tahu hanya Akhirat sahaja yang kekal.Jadi jadikanlah dunia ini tempat untuk kita mengumpulkan bekalan untuk ke akhirat.

No comments: